Sunday, 28 December 2014

Flyer Pakej Umrah Cuti Sekolah MEI 2015



Assalamualaikum w.b.t. 

Berikut adalah flyers dari kami, Tiram Travel Ampang. 
Untuk pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi kami di talian pejabat 03-42703511 / 03-42701835

Harga, tarikh, jenis penerbangan & penginapan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Sekian, terima kasih.








Flyers Pakej Umrah Cuti Sekolah MAC 2015


Assalamualaikum w.b.t. 

Berikut adalah flyers dari kami, Tiram Travel Ampang. 
Untuk pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi kami di talian pejabat 03-42703511 / 03-42701835

Harga, tarikh, jenis penerbangan & penginapan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, 24 December 2014

PROMOSI PAKEJ UMRAH HARGA TERENDAH RM 4590

PROMOSI PAKEJ UMRAH HARGA TERENDAH BERSAMA TIRAM TRAVEL 


PROMOSI UMRAH JET AIRWAYS 11 HARI 9 MALAM EX SINGAPORE

  • 02 MAC 2015 - 12 MAC 2015 = HARGA DARI RM 4590 

  • 23 MAC 2015 - 02 APR 2015 = HARGA DARI RM 4590

  • 30 MAC 2015 - 09 APR 2015 = HARGA DARI RM 4590

     

    TUAN/ PUAN BOLEH MENGHUBUNGI TIRAM TRAVEL AMPANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN 03-42703511 / 03-42701835.


    SEKIAN, TERIMA KASIH.

Tuesday, 23 December 2014

PROMOSI TERKINI UMRAH CUTI SEKOLAH MEI 2015

PROMOSI TERKINI UMRAH CUTI SEKOLAH MEI 2015 BERSAMA TIRAM TRAVEL


PAKEJ UMRAH PAKISTAN AIRLINES 13 HARI 10 MALAM EX KUALA LUMPUR


  • 29 MEI 2015 - 10 JUN 2015 - HARGA DARI RM 5790 ( BILIK BEREMPAT )

PAKEJ UMRAH  EYTIHAD AIRLINES 12 HARI 9 MALAM EX KUALA LUMPUR
  • 30 MEI 2015 - 10 JUN 2015 - HARGA DARI RM  5890 ( BILIK BEREMPAT ) 








PAKEJ UMRAH QATAR AIRWAYS 12 HARI 10 MALAM EX KUALA LUMPUR
  •  30 MEI 2015 - 10 JUN 2015 -  HARGA DARI RM  5990 ( BILIK BEREMPAT )   
 
PAKEJ UMRAH AIR ASIA 12 HARI 10 MALAM EX KUALA LUMPUR
  •  30 MEI 2015 - 10 JUN 2015 -  HARGA DARI RM  6090 ( BILIK BERTIGA )  



TUAN / PUAN BOLEH MENGHUBUNGI TIRAM TRAVEL CAWANGAN AMPANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PENDAFTARAN SECARA ONLINE DI TALIAN 03 - 42703511 / 03 - 42701835.

PROMOSI TERKINI UMRAH CUTI SEKOLAH MAC 2015

PROMOSI TERKINI UMRAH CUTI SEKOLAH MAC 2015 BERSAMA TIRAM TRAVEL


PAKEJ PROMOSI UMRAH MALAYSIA AIRLINES 12 HARI 10 MALAM EX KUALA LUMPUR


  • 11 MAC 2015 - 22 MAC 2015 - HARGA DARI RM 5990 ( BILIK BERTIGA)
  • 15 MAC 2015 - 26 MAC 2015 - HARGA DARI RM 5790 ( BILIK BEREMPAT )

PAKEJ PROMOSI UMRAH AIR ASIA 12 HARI 10 MALAM EX KUALA LUMPUR


  • 12 MAC 2015 - 23 MAC 2015 - HARGA DARI RM RM 5490 ( BILIK BEREMPAT )
  • 14 MAC 2015 - 25 MAC 2015 - HARGA DARI RM 5790 ( BILIK BERTIGA )

PAKEJ UMRAH PAKISTAN AIRLINES 12 HARI 10 MALAM EX KUALA LUMPUR


  • 13 MAC 2015 - 25 MAC 2015 - HARGA DARI RM 5690 ( BILIK BEREMPAT )

PAKEJ UMRAH  EYTIHAD AIRLINES 12 HARI 9 MALAM EX KUALA LUMPUR
  • 14 MAC 2015 - 25 MAC 2015 - HARGA DARI RM  5690 ( BILIK BEREMPAT )


TUAN / PUAN BOLEH HUBUNGI TIRAM TRAVEL CAWANGAN AMPANG UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU PENDAFTARAN SECARA ONLINE DI TALIAN 03 - 42703511 / 03 - 42701835.

Friday, 28 November 2014

PERSEDIAN KELENGKAPAN UMRAH MUSIM SEJUK

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk makluman jemaah Umrah, sekitar awal Disember bermulanya musim sejuk di Tanah Suci. Seharusnya bakal jemaah perlu membuat persediaan berkenaan kelengkapan umrah semasa musim sejuk kerana dikhuatiri dijangkiti penyakit atau mengalami demam akibat perubahan cuaca. Ini juga bagi mengelakkan jemaah berasa malas atau rasa tidak selesa beribadah sekiranya tidak mempunyai kelengkapan yang cukup semasa menunaikan umrah pada musim sejuk.

Berikut adalah checklist atau senarai semak kelengkapan dan peralatan yang boleh dibawa semasa menunaikan Umrah. Kelengkapan dan peralatan tersebut boleh juga dibeli di tanah suci tetapi alangkah indahnya jika kita telah bersiap sedia dari awal dan ini seterusnya tidak menganggu masa untuk beribadah .










Untuk maklumat lanjut berkenaan kelengkapan Umrah Musim Sejuk, Tuan/Puan bolehlah rujuk link dibawah : 


Tuan/Puan, juga boleh membeli kelengkapan umrah secara online dilaman web tersebut.\

Wassalam.
 


BERITA TERKINI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, berita terkini yang ingin disampaikan buat bakal jemaah Tiram Travel Sdn Bhd, permohonan visa umrah lebih 300 orang bakal jemaah telah diluluskan bagi penerbangan awal, 4 Disember hingga 10 Disember 2014.

Kami menjangkakan seramai kurang lebih 2000 jemaah Tiram Travel yang bakal menunaikan Umrah sepanjang bulan Disember ini, akan memperolehi visa selewat-lewatnya seminggu sebelum penerbangan.

Kesemua penerbangan Umrah Disember 2014 adalah menggunakan penerbangan berjadual dengan menggunakan penerbangan Air Asia.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai status visa, bolehlah terus menghubungi cawangan tempat Tuan/Puan membuat pendaftaran atau boleh hubungi ibu pejabat Tiram Travel Johor Bahru.

Kepada Tuan/Puan yang tinggal di sekitar Lembah Klang sekiranya ingin pergi mengerjakan umrah bolehlah menghubungi kami di talian 03-42703511.

Semoga bakal jemaah Tiram Travel Sdn Bhd sentiasa berusaha mempersiapkan diri dan jiwa untuk menunaikan ibadah yang mulia ini. Dan semoga semua jemaah mendapat Umrah yang mabrur. Amin. 

Wassalam. 




Thursday, 13 November 2014

NASIHAT KESIHATAN UNTUK JEMAAH HAJI ATAU UMRAH (MERS-CoV)

Assalamualaikum w.b.t.

Berikut adalah nasihat kesihatan berkaitan jangkitan Coronavirus (MERS-CoV) untuk jemaah Haji atau Umrah dan Pelawat.
 
 








Wednesday, 12 November 2014

PROMOSI TERBARU PAKEJ UMRAH

Assalamualaikum. Berikut adalah promosi pakej Umrah Tiram Travel yang terbaru :


Sunday, 2 November 2014

TIPS MEMILIH PAKEJ UMRAH YANG BETUL & TEPAT



Assalamualaikum w.b.t. Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t sekiranya tuan/puan diizinkan,dipilih oleh Allah atau digerakkan hati untuk menjadi tetamu Allah. Sebelum menjadi tetamu Allah, 
bolehlah merujuk serba sedikit tips memilih pakej umrah. 

Pemilihan pakej umrah yang betul dan tepat adalah sangat penting untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari, kesabaran yang tidak diduga atau permasalahan yang tidak dijangka. 

Ianya juga merupakan salah satu persediaan ilmu yang perlu dititikberatkan agar kita mendapat umrah yang diredhai Allah dan mendapat tarbiah (pendidikan secara langsung) semasa menunaikan ibadah Umrah dari Allah s.w.t. Waallahualam. 

Berikut adalah tips-tips memilih pakej Umrah :


1. LATAR BELAKANG AGENSI 

Antara perkara utama, yang perlu dititikberatkan sebelum memilih pakej umrah, adalah melihat latar belakang agensi pelancongan/pengelola umrah:
  • Adakah agensi pelancongan/pengelola umrah tersebut mempunyai lesen dan  permit untuk 'outbound' (membawa jemaah keluar negara) yang sah atau hanya ada permit untuk 'inbound' (aktiviti pelancongan dalam negara) sahaja?
  • Adakah agensi pelancongan/pengelola umrah itu menguruskan visa sendiri atau menggunakan orang tengah atau agensi lain? Jika menggunakan orang tengah atau agensi lain, lebih baik dielakkan. Dikhuatiri lewat mendapat maklumat visa dan kekurangan kuota visa umrah secara tiba-tiba.
  • Adakah agensi pelancongan/pengelola umrah yang berdaftar dengan Kedutaan Arab Saudi?
  • Adakah agensi tersebut berada dalam keadaan stabil dan telah dikenali ramai dan mempunyai ramai Jemaah yang telah menyertai umrah bersama mereka?

2. HARGA PAKEJ

Tuan/puan, boleh melihat dan membandingkan harga pakej Umrah bergantung kepada jumlah wang yang diperuntukan atau jumlah wang yang ingin dibelanjakan untuk mengerjakan umrah bersendirian atau bersama keluarga.

Kebiasaan harga pakej umrah adalah termasuk :
  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Penginapan di Makkah dan Madinah
  • Makan dan minum 3 atau 2 kali sehari
  • Umrah 3 kali bersama mutawwif 
  • Ziarah Luar di Makkah dan Madinah
  • Pengangkutan bas di Makkah dan Madinah
  • Visa Umrah
  • Kursus Umrah 
  • Cenderahati (beg sling,beg beroda, air zam-zam 10 liter, buku panduan umrah) 
  • Khidmat mutawwif
Sekiranya, terdapat keraguan mengenai pakej umrah yang ditawarkan, contohnya harga pakej tersebut hanya rm 4000 atau rm 3000 ke bawah, ianya kemungkinan adalah satu penipuan. Sebaiknya, tuan/puan perlu mengelak dari membeli atau membuat bayaran deposit secara tergesa-gesa apabila melihat harga pakej yang ditawarkan sgt murah. 

Terdapat agensi pelancongan atau koperasi yang tidak berdaftar mengambil kesempatan dengan menawarkan beberapa skim Umrah MLM yang mengelirukan pelanggan terutama di kawasan kampung dengan mengenakan pembayaran tetap secara bulanan atau mencari downline bagi memudahkan urusan mendapatkan pelanggan.

Berikut adalah perbandingan ringkas jenis harga pakej :
  • Harga pakej MAHAL – Kebiasaaannya, penginapan di Makkah dan di Madinah adalah tetap (sudah dipajak/telah mendapat pengesahan tempahan) dan bergantung kepada harga tiket penerbangan (harga tiket penerbangan lebih MAHAL kerana menggunakan penerbangan terus (DIRECT) Jeddah atau Madinah.
  • Harga pakej MURAH – Kebiasaannya, penginapan di Makkah dan di Madinah disediakan belum tetap (lewat mendapat pengesahan tempahan dari pihak hotel) dan bergantung kepada harga tiket penerbangan (harga tiket penerbangan lebih MURAH jika ianya mempunyai persinggahan (TRANSIT). Contohnya, Transit di Oman, Bombay, Colombo, Abu Dhabi, Dhoha.

3. WAKTU

Jika musim cuti sekolah Disember, Mac dan Mei (di Malaysia) – Jemaah di Makkah dan di Madinah terlalu ramai.
Jika musim sejuk Jan dan Feb, musim panas April  – Jemaah di Makkah dan di Madinah, kemungkinan tidak terlalu ramai.

4. JARAK

Kebanyakan hotel yang berdekatan MasjidilHaram telah dirobohkan akibat proses pembesaran kawasan MasjidilHaram, pembinaan hotel mewah dan lain-lain.

Berikut adalah kadar anggaran jarak hotel penginapan Jemaah Tiram Travel Sdn Bhd. Sekiranya tiada masalah dari segi tempahan hotel penginapan, kami masih lagi menggunakan hotel-hotel dibawah :
  • Hotel Saraya Ajyad – Anggaran jarak dalam lingkungan 200m-250m
  • Hotel Saraya Iman – Anggaran jarak dalam lingkungan 250m
  • Hotel Dallah Barakah (al Barakah) – Anggaran jarak dalam lingkungan 400 m-500m.
Tuan/puan boleh mendapatkan maklumat sebenar jarak hotel tersebut dengan bertanya kepada saudara mara atau ahli keluarga yang pernah mengerjakan umrah bersama kami.

Agensi pelancongan/pengelola umrah lain juga turut menawarkan hotel penginapan seperti Malak Agiyad, Royal Sultan, Nada Khalil, Al Shohada – Anggaran jarak dalam lingkungan 400m-650m


5. TEMPOH PAKEJ

Setiap agensi pelancongan/pengelola umrah menawarkan tempoh pakej yang berbeza, tempoh pakej juga adalah amat berbeza sekiranya pakej umrah tersebut mempunyai TRANSIT, kadang-kadang memakan masa 3-4 jam menunggu di lapangan atau perlu di tidur di hotel transit yang disediakan oleh pihak penerbangan atau di bawa keluar melancong di kawasan sekitar bandar transit (tempat persinggahan).
  • Bagi tempoh pakej umrah yang pendek, kebiasaanya dalam 11 hari 09 malam.
  • Bagi tempoh pakej yang panjang, kebiasaanya dalam 15 hari 13 malam.
  • Bagi tempoh pakej biasa, 12 hari 10 malam dan 13 hari 11 malam.

6. JENIS BILIK YANG DIINGINKAN      

Kebanyakan agensi pengelola umrah menyediakan pakej bilik berempat/berlima/berenam, bertiga dan berdua.  Harga yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis bilik yang diinginkan. 

Kebiasaanya, pakej untuk bilik berempat adalah amat terhad kerana ia merupakan harga promosi atau harga pakej minimum. Bagi jemaah yang lewat mendaftar, pihak agensi terpaksa mencadangkan jemaah untuk memilih dan membayar pakej untuk bilik bertiga atau berdua.


 7. SYARIKAT PENERBANGAN YANG DITAWARKAN

Penerbangan MAS (Malaysia Airlines) dan SV (Saudi Airlines) adalah DIRECT (terus) ke Jeddah. Jika tuan/puan bernasib baik semasa membuat tempahan, kemungkinan penerbangannya adalah terus ke Madinah. Tertakluk kepada jenis penerbangan berjadual atau sewa khas.

Ada diantara jemaah mengetahui penerbangan umrah mereka terdapat transit di saat-saat akhir, ini kerana mereka kurang mengambil perihal penerbangan transit. Tetapi ianya, perlu diambil tahu, supaya dapat bersedia menyediakan duit poket atau hand carry (beg bimbit) yang boleh dibawa masuk ke dalam kapal terbang, sekiranya terdapat masalah yang tak dapat dielakkan.


Berikut adalah penerbangan transit dan anggaran masa transit :

  • Penerbangan Emirates Airline (EK)  – Transit di Dubai,UAE dan masa transit lebih kurang 2 jam
  • Penerbangan Etihad Airways (EY) – Transit di Abu Dhabi,UAE dan masa transit lebih kurang 2 jam
  • Penerbangan Qatar Airlines (QR) – Transit Qatar, Dhoha dan masa transit lebih kurang 1 jam setengah
  • Penerbangan Sri Lankan Airlines (UL) – Transit Colombo,Sri Lanka dan masa transit lebih kurang 6 jam
  • Penerbangan Oman Air (WY) – Transit Muscat, Oman dan masa transit lebih kurang 5 jam
  • Penerbangan Garuda Airlines (GA) – Transit Jakarta, Indonesia dan masa transit lebih kurang 2 jam
  • Penerbangan Jet Airways (9W) Transit Bombay, India dan masa transit lebih kurang 6 jam
Bagi jemaah umrah yang telah berusia atau berumur atau membawa kanak-kanak kecil adalah tidak digalakkan mengambil pakej Umrah transit ini dikhuatiri, pihak penerbangan melewatkan tempoh transit atas masalah teknikal dan lain-lain. Ini juga, akan menyebabkan jemaah kepenatan menunggu di Airport dan perlu mengeluarkan duit poket untuk membeli makanan di Aiport sekiranya kelaparan. 


8. KHIDMAT MUTAWWIF (PEMBIMBING)

Kebiasaannya, mutawwif sebagai pembimbing yang bertauliah disediakan dari Malaysia, dan ada juga agensi pengelola umrah yang menggunakan khidmat mutawwif Indonesia dan juga pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Makkah dan Madinah. 

Terdapat juga, beberapa agensi yang menggunakan mutawwif yang kurang bertauliah ini bagi menampung keperluan jemaah yang terlalu ramai terutama di musim cuti sekolah. Sekiranya, mendapat mutawwif yang kurang bertauliah, apabila tiba di Makkah atau Madinah, jemaah boleh mencari atau meminta pertolongan dengan mutawwif dari agensi yang sama walaupun dari pakej yang berbeza (untuk mengenali mutawwif lain ianya adalah dari jaket yang disediakan oleh pihak agensi).

Ini adalah sangat perlu, bagi jemaah merujuk sebarang masalah mengenai Umrah atau boleh memohon jasa baik mutawwif yang kurang bertauliah tersebut merujuk atau  mencari mutawwif yang lebih bertauliah dan berpengalaman untuk menyelesaikan masalah jemaah.


9. KURSUS UMRAH

Tuan/Puan boleh bertanya adakah kursus Umrah disediakan dan bila kursus umrah tersebut diadakan. Kebiasaanya, ada agensi pengelola umrah, telah menetapkan tarikh kursus umrah dan ada juga kursus umrah yang ditetapkan dan dimaklumkan di saat-saat akhir. 

Sekiranya, belum pernah mengerjakan umrah, adalah amat digalakkan untuk mengikuti kursus UMRAH beberapa kali agar dapat mempersiapakan diri dengan ilmu untuk menunaikan Umrah.
 
10.SOLAT ISTIKHARAH & SOLAT TAUBAT

Ini merupakan tips terakhir sebagai bakal tetamu Allah sebelum kita membuat pemilihan yang terbaik, betul dan tepat. Solat istikharah perlu dilaksanakan agar kita dapat memohon kepada Allah agar diberikan ketenangan dalam memilih pakej Umrah yang bersesuaian dan menepati apa yang kita inginkan.

Untuk renungan, Allah sentiasa bagi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. Kita hanya mampu berusaha meminta, dan merancang serta memilih apa yang
terbaik untuk diri kita dan keluarga. 


Tetapi, Allah jualah yang menentukan segalanya.
Andai pakej umrah mahal sekalipun yang kita pilih, andai di uji Allah dengan masalah-masalah yang tidak diingini, merayu dan merintihlah padaNya, agar kita diberikan kekuatan untuk solat, sabar dan syukur saat kita diuji di bumi berkahNya.

Solat taubat adalah salah satu cara membersihkan hati dan jiwa setelah kita melakukan dosa kepadanya. Biarlah kita datang sebagai tetamu Allah dalam keadaan suci hati dan jiwa, agar kita kembali begitu juga. Beristighfarlah dan berselawatlah ke atas junjugan Nabi Muhammad s.a.w sebanyak-banyaknya agar urusan kita di sana dipermudahkan Allah s.w.t.

Ingatlah, perjalanan umrah adalah suatu travelog atau kembara suci yang kita perlu kenang agar ianya memberi motivasi dan keyakinan agar kita makin kuat bergantung dan berdoa kepada Allah s.w.t dalam mengharungi kehidupan akan datang yang sangat mencabar.

Waallahualam.


Berikut adalah sumber senarai blog yang boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tips memilih pakej umrah: 

http://umrahkuyangbest.blogspot.com/2012/06/pakej-umrah.html 

http://bicaraneem.blogspot.com/2012/04/tips-pilih-pakej-umrah.html

http://shakinafarhan.blogspot.com/2014/02/umrah-part-2-agency-and-cost.html

http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/11/meh-pegi-umrah-dengan-duit-scam-haram.html


Alhamdulillah, ada komen yang baik dan positif  dari jemaah-jemaah yang pernah menyertai pakej Umrah bersama Tiram Travel di dalam blog diatas. Kami ucapkan jutaan terima kasih.


Komen yang negatif pula,terima kasih diucapakn,tanpa komen negatif, kami mungkin tidak tahu di mana kelemahan kami,kami cuba sedaya upaya untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama baik kami.

Jutaan terima kasih sekali lagi buat jemaah-jemaah yang pernah menunaikan ibadah Umrah bersama kami. Kami berharap dan berdoa agar Ibadah Tuan/Puan dan kesemuanya diterima Allah s.w.t.


Moga Allah tempatkan kita semua di dalam syurga. 

Walllahualam.







Wednesday, 29 October 2014

Senarai Pakej Umrah 2014/2015

Assalamualaikum w.b.t

Berikut adalah senarai pakej Umrah Tiram Travel 2014/2015.

Untuk makluman, kebanyakan pakej Umrah Percuma 1 dan pakej Promosi untuk bilik berempat telah penuh

Tetapi Tuan/Puan boleh menghubungi kami di Cawangan Ampang, Selangor di talian 03-42703511 untuk mendapatkan tarikh-tarikh pakej yang masih ada kekosongan 'seat' dan juga bilik berempat.


*HARGA DI ATAS ADALAH BERDASARKAN KEPADA SUSUNAN BILIK BEREMPAT / BERLIMA DAN HARGA, TARIKH VISA, JENIS PENERBANGAN & PENGINAPAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN TANPA NOTIS

Panduan pendaftaran Umrah bersama Tiram Travel

Assalamualaikum w.b.t

Berikut adalah panduan pendaftaran Umrah bersama Tiram Travel. 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 03-42703511 / 03-42650525 atau boleh tinggalkan nombor talian Tuan/Puan di sini agar pihak kami dapat hubungi Tuan/Puan kembali.



Sekian, terima kasih.

Tawaran Umrah 10 Jemaah Percuma 1 Jemaah

 PAKEJ UMRAH PERCUMA 1 JEMAAH

Apakah yang patut dilakukan sebelum pergi mengerjakan Umrah

Assalamualaikum w.b.t.

Seringkali menjadi persoalan setiap insan yang belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Haram untuk mengerjakan Umrah, apakah yang patut dilakukan sebelum pergi mengerjakan 
Umrah?






Dan selalu orang mengambil mudah perkara berkaitan ibadah umrah berbanding haji. Umrah pertama kali ditunaikan adalah wajib, seterus selepas itu menjadi sunah.

Apabila mengerjakan haji, jemaah akan berkursus dan bersedia dari awal belajar bab-bab rukun, wajib dan sunat ibadah haji. Tetapi berlainan dengan umrah. Ambil remeh dan tidak ada usaha untuk menghadiri kursus dan belajar praktikal dari awal-awal.

Tahukan anda, bahawa apabila kita telah berihram, walaupun ibadah umrah, anda telah dilarang dengan 13 perkara larangan ketika ihram. 


Ini wajib diketahui supaya tidak kena dam dan berdosa berpanjangan. Jika umrah tidak selesai dengan sempurna, bermakna jemaah sentiasa berada dalam ihram sehinggalah balik Malaysia dan larangan ihram tetap mengikutinya sehingga ibadah umrah dapat diselesaikan.

Contohnya, jika tawaf umrah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sehinggalah waktu balik Malaysia kerana uzur syarie, maka jemaah itu tetap dikira masih berihram dan perkara-perkara dalam ihram masih berkuat kuasa ke atas dirinya.

Jadi sebelum mahu pergi mengerjakan umrah :


1. Pastikan hadiri kursus Umrah

2. Banyakkan membaca dan belajar cara -cara mengerjakan umrah terutama, tawaf dan saei. 

3. Ketahui perkara rukun, wajib dan sunat mengerjakan umrah. 

4. Paling utama ketahui perkara-perkara larangan ketika berihram :


Ada 13 perkara larangan Ketika berihram.

 


Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Berihram Sebaik sahaja seorang itu berniat haji atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut :

1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainyatetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung.

2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.

3. Menutup muka bagi wanita.

4. Memakai sarung tangan.

5. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedut ke dalam hidung.

6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.

7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.

8. Mengerat atau membuang kuku.

9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Haram.

10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.

11. Bersetubuh.

12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.

13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.


Kesalahan yang sering berlaku ketika pergi mengerjakan umrah.

Assalamualaikum w.b.t .

Sebagai bakal tetamu Allah yang sentiasa mengharap keredhaanNya, kita mesti dan wajib mengetahui kesalahan yang sering berlaku ketika atau sebelum pergi menunaikan Umrah. Ini sangat penting untuk mengelakkan dari kita melakukan kesalahan dalam keadaan tidak sedar dan jahil.Antaranya :


1. Pergi mengerjakan umrah tanpa belajar, hanya sekadar membaca buku dan menonton cd umrah sahaja.

2. Pergi mengerjakan umrah dan pergi mengerjakan haji sangat berbeza


Selalunya orang yang mahu pergi mengerjakan haji akan belajar dengan tekun cara-cara mengerjakan haji, sedangkan untuk pergi mengerjakan umrah,mereka hanya
belajar sekejap sahaja tanpa bimbingan. Kursus bimbingan haji sering diadakan di masjid-masjid sedangkankursus mengerjakan umrah jarang diadakan. Oleh itu sesiapa yang ingin mergerjakan umrah,belajar dengan orang yang arif tentang mengerjakan umrah walaupun pergi dengan kumpulan travel agency.

Ini adalah kesalahan dan kesilapan yang sering berlaku. Pergi kesana tanpa persediaan yang secukupnya.


Ingatlah jika umrah tidak sempurna dan ada pantang larang yang tidak dipatuhi,ia akan mengakibatkan masalah lain lagi, walaupun mengerjakan umrah adalah sunat(kecuali yang pertama adalah wajib).


Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5018.0
 

Panduan lengkap mengerjakan Umrah berbentuk PDF

Berikut adalah file panduan mengerjakan Umrah yang berbentuk PDF ianya boleh dilayari dan boleh didownload dan disimpan untuk persediaan awal bagi jemaah yang berniat dan akan mengerjakan Umrah. File ini di susun oleh Ustaz Jamaluddin Bin Hashim. (Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UNISZA.

Boleh klik link dibawah untuk mengetahui panduan tersebut :

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CB8QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.unisza.edu.my%2Fislamic%2Findex.php%3Foption%3Dcom_rokdownloads%26view%3Dfile%26task%3Ddownload%26id%3D28&ei=HpVRVOGBEsX88QWMw4DADA&usg=AFQjCNHc8z0juVqeXuA03ZdoyPLVn7QAkg&sig2=rqH2K_rQBUbZMt_lo-dUpQ&bvm=bv.78597519,d.dGc&cad=rja

Pakej Umrah Tiram Travel


Assalamualaikum w.b.t




Tiram Travel Sdn Bhd telah berada dalam pasaran penyedia perkhidmatan pakej Umrah selama 15 tahun. Dari pengalaman yang kami perolehi dalam tempoh tersebut, kami yakin akan dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan berkualiti kepada para jemaah Umrah untuk melaksanakan Ibadah Umrah dengan selesa dan terbaik.
Untuk musim Umrah tahun 2015, kami telah merangka pakej-pakej Umrah yang menarik dengan harga yang amat berpatutan untuk segenap lapisan masyarakat.

Pakej Umrah Harga Rendah


Dengan harga permulaan RM 4390 (Harga pakej promosi hanya pada tarikh-tarikh tertentu) adalah dengan menaiki penerbangan JetAirways melalui Changi, Singapura. Pakej ini adalah untuk 12 hari 10 malam. Harga biasa bagi penerbangan JetAirways dari Changi, Singapura ialah RM 4790.

Bagi penerbangan Air Asia pula, harga promosi ialah RM 4790 untuk pakej 12 hari 10 malam. Harga biasa bagi penerbangan Air Asia ini ialah RM 4990.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Tiram Travel Sdn Bhd Cawangan Ampang Selangor di talian 03-42703511 atau boleh layari facebook kami di  https://www.facebook.com/pages/Tiram-Travel-Sdn-Bhd-Cawangan-Ampang/571041829693520. Sekian, Terima kasih.