Friday, 28 November 2014

BERITA TERKINI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, berita terkini yang ingin disampaikan buat bakal jemaah Tiram Travel Sdn Bhd, permohonan visa umrah lebih 300 orang bakal jemaah telah diluluskan bagi penerbangan awal, 4 Disember hingga 10 Disember 2014.

Kami menjangkakan seramai kurang lebih 2000 jemaah Tiram Travel yang bakal menunaikan Umrah sepanjang bulan Disember ini, akan memperolehi visa selewat-lewatnya seminggu sebelum penerbangan.

Kesemua penerbangan Umrah Disember 2014 adalah menggunakan penerbangan berjadual dengan menggunakan penerbangan Air Asia.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai status visa, bolehlah terus menghubungi cawangan tempat Tuan/Puan membuat pendaftaran atau boleh hubungi ibu pejabat Tiram Travel Johor Bahru.

Kepada Tuan/Puan yang tinggal di sekitar Lembah Klang sekiranya ingin pergi mengerjakan umrah bolehlah menghubungi kami di talian 03-42703511.

Semoga bakal jemaah Tiram Travel Sdn Bhd sentiasa berusaha mempersiapkan diri dan jiwa untuk menunaikan ibadah yang mulia ini. Dan semoga semua jemaah mendapat Umrah yang mabrur. Amin. 

Wassalam. 




No comments:

Post a Comment