Assalamualaikum w.b.t.
Seringkali menjadi persoalan setiap insan yang belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Haram untuk mengerjakan Umrah, apakah yang patut dilakukan sebelum pergi mengerjakan
Umrah?
Dan selalu
orang mengambil mudah perkara berkaitan ibadah umrah berbanding haji.
Umrah pertama kali ditunaikan adalah wajib, seterus selepas itu menjadi
sunah.
Apabila mengerjakan haji, jemaah akan berkursus dan
bersedia dari awal belajar bab-bab rukun, wajib dan sunat ibadah haji.
Tetapi berlainan dengan umrah. Ambil remeh dan tidak ada usaha untuk
menghadiri kursus dan belajar praktikal dari awal-awal.
Tahukan
anda, bahawa apabila kita telah berihram, walaupun ibadah umrah, anda
telah dilarang dengan 13 perkara larangan ketika ihram.
Ini wajib
diketahui supaya tidak kena dam dan berdosa berpanjangan. Jika umrah
tidak selesai dengan sempurna, bermakna jemaah sentiasa berada dalam
ihram sehinggalah balik Malaysia dan larangan ihram tetap mengikutinya
sehingga ibadah umrah dapat diselesaikan.
Contohnya, jika tawaf
umrah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sehinggalah waktu balik
Malaysia kerana uzur syarie, maka jemaah itu tetap dikira masih berihram
dan perkara-perkara dalam ihram masih berkuat kuasa ke atas dirinya.
Jadi
sebelum mahu pergi mengerjakan umrah :
1. Pastikan hadiri kursus Umrah
2. Banyakkan
membaca dan belajar cara -cara mengerjakan umrah terutama, tawaf dan
saei.
3. Ketahui perkara rukun, wajib dan sunat mengerjakan umrah.
4. Paling
utama ketahui perkara-perkara larangan ketika berihram :
Ada 13 perkara larangan Ketika berihram.
Perkara-Perkara
Yang Dilarang Semasa Berihram Sebaik sahaja seorang itu berniat haji
atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut :
1.
Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai
songkok, serban dan sebagainyatetapi tidak menjadi larangan sekiranya
berteduh di bawah pokok atau payung.
2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
3. Menutup muka bagi wanita.
4. Memakai sarung tangan.
5. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedut ke dalam hidung.
6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.
7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.
8. Mengerat atau membuang kuku.
9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Haram.
10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.
11. Bersetubuh.
12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
No comments:
Post a Comment