Wednesday, 29 October 2014

Kesalahan yang sering berlaku ketika pergi mengerjakan umrah.

Assalamualaikum w.b.t .

Sebagai bakal tetamu Allah yang sentiasa mengharap keredhaanNya, kita mesti dan wajib mengetahui kesalahan yang sering berlaku ketika atau sebelum pergi menunaikan Umrah. Ini sangat penting untuk mengelakkan dari kita melakukan kesalahan dalam keadaan tidak sedar dan jahil.Antaranya :


1. Pergi mengerjakan umrah tanpa belajar, hanya sekadar membaca buku dan menonton cd umrah sahaja.

2. Pergi mengerjakan umrah dan pergi mengerjakan haji sangat berbeza


Selalunya orang yang mahu pergi mengerjakan haji akan belajar dengan tekun cara-cara mengerjakan haji, sedangkan untuk pergi mengerjakan umrah,mereka hanya
belajar sekejap sahaja tanpa bimbingan. Kursus bimbingan haji sering diadakan di masjid-masjid sedangkankursus mengerjakan umrah jarang diadakan. Oleh itu sesiapa yang ingin mergerjakan umrah,belajar dengan orang yang arif tentang mengerjakan umrah walaupun pergi dengan kumpulan travel agency.

Ini adalah kesalahan dan kesilapan yang sering berlaku. Pergi kesana tanpa persediaan yang secukupnya.


Ingatlah jika umrah tidak sempurna dan ada pantang larang yang tidak dipatuhi,ia akan mengakibatkan masalah lain lagi, walaupun mengerjakan umrah adalah sunat(kecuali yang pertama adalah wajib).


Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5018.0
 

No comments:

Post a Comment